Thursday, 24 May 2012

Andai Itulah Aku

Pabila langit kurenung
Kulihat putih dan biru
Saat kucuba hitung
Alangkah banyaknya kelabu
Andainya berat yang ditanggung
Apakah , tergalas aku ?

Tika jemari ku genggam
Tenggelam lamunan diri
Andainya ku selam lautan dalam
Belum tentu kutemu sendiri
Namun ku faham
Tak cari tak kudapati

Andainya tahu erti
Tiada perlu aku melalui
Detik yang tidak dapat kulupa
Hanyut dalam igauan ngeri
Telah ditentu segala-galanya
Awal akhir kuserah kepada Ilahi

Andai ini takdirku
Akan kugagahi ke akhir waktu
Andai ini ujian akhirNya
Kuharap ku dapat pentunjukkNya?
Andainya lemasku nanti
Bawalahku kepadaNya kembali . . .

Sekeping Hati

Dulu ,
Duniaku penuh keasyikan
Terukir senyuman manis
Sekeping hati yang dipenuhi kasih sayang

Kini ,
Aku meningkat dewasa
Sekeping hati menjadi saksi
Apabila waktu ligat berputar
Bagai hidup tanpa perhiasan

Kini ,
Sebahagian hatiku kosong
Dirobek bersama perangaiku
Yang alpa pada ego
Tanpa aku sedari
Andai dulu menjelma
Akanku tebus kembali

Masa Depan ,
Mengajar aku bangkit semula
Berdiri di landasan yang benar 
Menghalau kenangan dulu
Agar sekeping hati yang tercalar
Terubat kembali . . . . .

Mereka

Oke , nie abg aku :D , handsome ? haha ,yang mana ? takkan perempuan pulak , tentu la yang lelaki kan , oke , yang perempuan tu awek die . Kalau ada jodoh go on , la dieorg , untungkn sume da ad couple , tinggal la aku sorang-II :( . Haha , tak perlu na sedih-II kan , cool je . 

| C*I*N*TA |

Oke , malam-II ni ada masa untuk aku >< karang beda mengarut :D . Aku teringin nak luahkan macam nie .

♥ Kalau Aku Boleh Buat ♥

Perempuan = nak tnye sikit boleh ?
Lelaki = boleh ,ape ?
Perempuan = bila awk nak couple ? 
Lelaki = ermm , entah
Perempuan = awak ade ske kt sape-II ke?
Lelaki = dah tapi dia but bodoh je , tak faham-II
Perempuan = oowhh , yeke ?
Lelai = tapi , tak tahu kalau dia suka dekat sy ke tak
Perempuan = erm , sy pun ade ske kt seseorg ni , tapi sy malu nk ckp ni , tapi sy mlu nak ckp
Lelaki = sape ??!!
Perempuan = ehh , awak marah ke ?
Lelaki = tak lah ! saje
Perempuan = awak ,kalau sy ckp awk jgn marah tau
Lelaki = ape dia?
Perempuan = sy ske awk,tapi dh awk ske org lain,baru sy brani ckp
Lelaki = kenapa awak ske sy ?
Perempuan = entah , tak de jawapan , sorry
Lelai = awak tahu sape sy suke tu ?
Perempuan = tak , sape ?
Lelaki = awak la ♥

#OKE SWEET# ♥ ♥

Haruskah Aku Mencintai Dia ?

Oke , tu pertanyaan yang ada dalam hati aku ni :( , seriously aku tak tahu , kenapa aku perlu ada perasaan ni . Sebenarnya , aku tahu perasaan ni tak perlu hadir dalam diri aku >< tapi macam mana ? Perasaan ni datang tanpa aku minta , erm ?? Memang sedih , sebab aku ada perasaan yang lebih dari seorang sahabat , sebab dia kawan lelaki yang paling aku rapat . Ada suatu hari tu , aku ada cakap yang aku nak sangat merasai macam mana " ( C*I*N*T*A   P*L*A*T*O*N*I*K ) " aku , tak sangka pulak aku akan ada perasaan macam ni :( apa yang harus aku buat ? Aku , memang ada hasrat untuk merasai tapi ???? Kenapaaaaaaa ? Aku pun tak tahu kenapa dengan perasaan aku ni , ada sapa-II boleh tolong tak ? Takkan aku nak cakap kat dia pulak , nanti , dah terang-II aku kena tolak *oke malu* . Memandangkan , dia kawan baik aku , dan aku tahu dia ada suka dekat "someone" aku rela lepaskan dia , dan aku nak sangat dia "happy" (^_^) . Kalau dia "happy" automatik aku akan , "happy" kan :) . Aku sebagai kawan dia , lebih baik aku biarkan dia dengan kehidupan dia , sebab aku percaya hubungan aku dengan dia tidak akan lebih daripada , seorang sahabat & aku harap hubungan aku dengan dia , akan terus berkekalan , InsyaAllah . Walaupun aku dan dia , hanya sebagai sahabat , aku akan pastikan aku dengan dia , tidak akan pernah putus hubungan InsyaAllah . "G^E^T   S^M^I^L^E       N^O^W"