Friday 25 May 2012

Diamku Ini

Kalau aku eggan bicara
Janganlah , engkau buruk sangka
Kerana diamku ini
Bukanlah malu

Kalau aku enggan berkata
Jangan kau pantas menuduh
Kerana diamku ini
Bukan kerana aku tak mahu

Kalau aku eggan bercerita
Jangan dulu kau curiga
Kerana diamku ini bukan sombong
Dan diamku ini bukan ego

Kalau aku enggan berjenaka
Janganlah engkau menaruh prasangka
Kerana diamku ini
Bukan datang kerana iri

Sebenarnya diamu ini
Kerana aku benci
Bicara pada yang tiada
Berkata pada yang berpura
Bercerita pada yang tak nyata
Berjenaka pada yang tak sejahtera

No comments:

Post a Comment